Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 31 October 2011

Quotes 20

" Cukuplah bagi anda sepotong roti yang berisi, daripada harus meminta kepada orang, yang menutup pintunya dan yang dicap oleh orang sebagai orang yang kikir ( kikis ) "

Quotes 19

" Anda dengan apa yang anda miliki lebih bahagia daripada Jutaan wanita lainnya "

Quotes 18

" Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku ( Yusuf : 18 ) "

Sunday, 16 October 2011

Quotes 17

" Apabila kesusahan datang menerpadiri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda maka ucapkanlah :
** Laa Ilaha Illallah ** ....."

Quotes 16

" Allah....Allah tuhanku aku tidak mempersekutukan dia dengan sesuatu pun....."

" Tempat yang paling di banggakan didunia adalah yang mempunyai penerangan dan sebaik-baiknya teman duduk sepanjang masa adalah buku...."

" Jangan anda berpangku tangan kerana bosan, malas dan tunduk pada kelalaian....."

Saturday, 15 October 2011

Quotes 15

" Semua orang baik yang memiliki istana mahupun yang memiliki rumah sederhana, pasti menjalani kehidupannya, tetapi siapakah yang benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup???? "

Quotes 14

" Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam) , dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu) , padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh beriman) ".
~ Surah Ali Imran : Ayat 139 ~

Quotes 13

" Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang " .

Quotes 12

" Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan dialah sebaik-baik pelindung, kerana Allah maha Penyayang lagi maha Mengasihani " .

30 Peringatan tentang kesedihan





Firman Allah S.W.T:

لا تحزن ان الله معنا
La tahzan innallaha ma’ana

“Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita” [At-Taubah: 40]



  1. الا بذكر الله تطمئن القلوب
Mengingati Allah akan mententeramkan.

  1. Solat ubat mujarab menghilang kesedihan.
  2. Rasa redha boleh menghilangkan kesedihan.
  3. Jangan Bersedih, Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
  4. Jangan Bersedih, setiap sesuatu telah ada qhada’ dan qadar.
  5. Jangan Bersedih, kerana kelapangan pasti datang.
  6. Jangan Bersedih, kerana rahmat Allah melimpah.
  7. Jangan Bersedih, memaafkan orang yang menyakiti anda itu lebih baik.
  8. Jangan Bersedih, masih banyak nikmat yang ada pada diri anda.
  9. Jangan Bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
  10. Jangan Bersedih, banyak cara yang dapat mengusir kesedihan.
  11. Jangan Bersedih, anggaplah celaan orang sebagai angin yang lalu.
  12. Jangan Bersedih, hinaan tidak selamanya buruk.
  13. Jangan Bersedih, pilihan Allah adalah pilihan terbaik.
  14. Jangan Bersedih, selama anda masih dapat berbuat baik kepada orang lain.
  15. Jangan Bersedih, kerana di sana banyak jalan meringankan musibah.
  16. Jangan Bersedih, kerana masih ada orang yang menyayangi anda.
  17. Jangan Bersedih, kerana masih ada kehidupan lain.
  18. Jangan Bersedih, tanyalah dirimu sendiri tentang hari ini, kelmarin dan esok.
  19. Jangan Bersedih, kerana kesedihan merosakkan badan.
  20. Jangan Bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih.
  21. Jangan Bersedih, selagi anda beriman kepada Allah.
  22. Jangan Bersedih, kerana segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga.
  23. Jangan Bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki saat ini.
  24. Jangan Bersedih, kerana boleh jadi cubaan adalah anugerah.
  25. Jangan Bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain.
  26. Jangan Bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat.
  27. Jangan Bersedih, kerana kehidupan di dunia ini amat singkat.
  28. Jangan Bersedih, kerana kesedihan anda membuat musuh anda gembira.
  29. Jangan Bersedih, hadapilah kenyataan.
Jangan Bersedih !!!

Quotes 11

" Bukan emas pertama yang mempercantikan anda, melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda serta etika anda "

Quotes 10

" Apabila sesorang wanita itu berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga TuhanNya . ( Hadis Riwayat Ahmad ) "

Quotes 9

" Jangan kau mudah putus asa kerana tidak melihat jalan keluar, kalau begitu, dimanakah Allah dan takdirnya? Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dengan perkara yang kita lakukan didunia, niat kita, apa kita lakukan dan segalanya. Allah mengetahuinya.....Jangan mudah kau berputus asa...kerana itu adalah sikap orang yang tidak beriman dan tidak bersyukur dengan apa yang ada " .

Friday, 14 October 2011

Quotes 8

" Allah yang maha pengasih pasti memberikan kemudahan kerana Allah menyayangi hamba yang memohon doa dengan Nya, sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang dengan hamba-hambanya "

Quotes 7

" Bekalan esok akan merekah, bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati ". ~ by me * kaseh tulip * ~

Quotes 6

" Kelembutan Allah betapa pun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata terpejam dan masa, waktu, detik yang berlalu ianya dijadikan panduan hidup yang mendatang, kerna ianya akan menjadi kenangan manis mahupun pahit...kerana kita yang laluinya.bukan insan lain... "

Quotes 5

" Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan kerana tak semua yang berlaku itu senang dan mudah,setiap insan lalui ujian yang yang berlainan dan perkara itu jua akan mematangkan diri kita dalam apa jua perkara dan situasi yang akan kita lalui kelak.. "

Quotes 4

" Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan bersabarlah melawan musuhmu dan berjagalah ( di perbatasan negerimu ) dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan amu mendapat kemenangan dan beritahulah kepada manusia, supaya (mengerjakan) haji, nescaya mereka datang kepada engkau dengan berjalan kaki dan (berkenderaan) atas unta kurus yang datang dari setiap jalan yang jauh, daripada Allah beberapa sekutu (berhala) , mereka itu mengasihinya, seperti mengasihi Allah. Jika orang-orang zalim mengetahui, ketika mereka melihat seksaan, (nescaya) sesungguhnya kekuasaan bagi Allah semuanya dan sesungguhnya Allah sangat keras seksaannya. Dihiasikan kepada manusia, mencintai syahwat (ketagihan nafsu), seperti perempuan-perempuan,anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak , kuda yang baik, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikianlah kesukaan hidup dunia , dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga), ketika Yusuf berkata kepada bapanya ( Yaakub ) : Wahai bapaku !! sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan , semuanya sujud kepada ku " .

Thursday, 13 October 2011

Quotes 3

" Bekalan disana ada suatu tempat di barisan ' terdepan ' tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan kesempurnaan dalam setiap perkara adalah yang anda amalkan " .

Quotes 2

" Apa yang berlalu biarlah berlalu,jangan di tleh kembali atau dikenang kembali,kerana ianya akan membuatkan dirimu rasa jauh dai-Nya ,dan yang akan kita lalui adalah cita-cita dan harapan yang belum pasti , dan bagimu jua, hanyalah saat yang dirimu sedang jalani " .

Quotes 1

" Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T , dan kuatkan dirimu mengharungi cubaan dan ujian yang diberi, pasti ada hikmah akan setiap perkara yang berlaku " .